KUNJUNGAN HORMAT IKIM KE MAYBANK ISLAMIC

KUALA LUMPUR | 23 Februari 2026 – Delegasi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) diketuai oleh Prof. Madya Dato’ Dr. Mohamed Azam Mohamed Adil, Ketua Pengarah IKIM mengadakan kunjungan hormat dan sesi perbincangan bersama Dr. Ramadhan Fitri Ellias, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif/Pengarah, Group Islamic Finance & Value-Based Strategy, Maybank Islamic Berhad di Menara A, Dataran Maybank.

Sesi perbincangan tersebut memberi tumpuan kepada pengukuhan kerjasama strategik dalam bidang kewangan Islam serta penerokaan inisiatif berimpak tinggi yang selari dengan agenda pembangunan ummah dan nilai berteraskan syariah.

Turut hadir dalam pertemuan ini ialah Pengarah Pusat EMAS, Dr. Mohammad Hisyam Mohamad; Pengarah Bahagian Wakaf, Tn. Haji Abu Bakar Yang; Pegawai Khas Ketua Pengarah, En. Mohamad Daniel Syafiq serta Pegawai Bahagian Wakaf, En. Ahmad Syahiir Hanafiah dan Pn. Farah Hani Misri.

#MaybankIslamic #KunjunganHormat #KewanganIslam #InstitutKefahamanIslamMalaysia #MalaysiaMadani