KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA WASIYYAH SHOPPE BERHAD

KUALA LUMPUR | 4 Februari 2026 – Alhamdulillah, pada 3 Februari 2026, Bahagian Wakaf IKIM telah Menerima Kunjungan Hormat Daripada Wasiyyah Shoppe Berhad bertempat di Tingkat 16, The Met Corporate Tower. Delegasi Wasiyyah Shoppe Berhad dibarisi Pn. Delaila Binti Aziz, Ketua Jabatan Pengurusan Saluran, Muhammad ‘Imaduddin Bin Abd Latib, Jabatan Pengurusan Saluran, En. Usayri Bin Mohd Zin, Ketua Daie Eksekutif, En. Ahmad Damanhuri Bin Harun, Daie Profesional Mawarith, dan Pn. Nur Fadilah Binti Mohamad Isa, Daie Mawarith dari Kausar Group. Ketibaan delegasi Wasiyyah Shoppe Berhad telah disambut mesra oleh delegasi IKIM yang diketuai oleh En. Abu Bakar bin Yang, Pengarah Wakaf IKIM serta barisan pegawai daripada Bahagian Ekonomi & Pemasaran (BEP) dan Bahagian Wakaf IKIM.
Pertemuan ini bertujuan untuk memperkukuh jalinan ukhuwah serta meneroka ruang kolaborasi strategik dalam usaha memperkasakan pengurusan wakaf dan perancangan harta pusaka di Malaysia. Sinergi antara institusi wakaf dan pakar pengurusan harta amat penting bagi memastikan ekonomi ummah terus mampan dan memberi manfaat yang lebih luas.
#WakafIKIM #WakafILMUIKIM #WakafMEDIAIKIM #tvIKIM #IKIMfm #InspirasiUtamaAnda