MAJLIS AMANAT TAHUN BAHARU 2026

KUALA LUMPUR | 13 Januari 2026 – Buat julung kalinya, bersempena Majlis Amanat Tahun Baharu 2026, Ketua Pengarah IKIM, Prof. Madya Dato’ Dr. Mohamed Azam Mohamed Adil telah menyempurnakan penyampaian cenderamata kepada pewakaf, iaitu warga kerja IKIM yang menyumbang melalui skim potongan gaji.

Inisiatif ini bukan sahaja menghargai komitmen mereka, malah turut menyokong pelaksanaan program Wakaf Ilmu dan Wakaf Media IKIM, sejajar dengan usaha menyebarkan dakwah dan kefahaman Islam dalam kalangan masyarakat.

Institut Kefahaman Islam Malaysia #WakafIKIM #WakafILMUIKIM #WakafMEDIAIKIM #tvIKIM #IKIMfm #InspirasiUtamaAnda #MADANIbekerja