Tentang Wakaf IKIM
Pengenalan Wakaf IKIM
Wakaf Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) ditubuhkan secara rasmi pada 8 Oktober 2024 selepas melalui fasa perancangan, penelitian, dan kelulusan rasmi. Tujuan utama dana wakaf ini diwujudkan adalah untuk membina sebuah infrastruktur kewangan yang lestari bagi menyokong aktiviti dakwah, keilmuan, dan menyebarluaskan lagi kefahaman Islam yang tepat kepada masyarakat secara berterusan.
2 KOMPONEN UTAMA WAKAF IKIM
Suntikan dana melalui instrumen wakaf ini membolehkan IKIM menerima wang tunai, hartanah, serta aset kewangan patuh syariah dari dalam dan luar negara.
Atas kapasiti tersebut, IKIM telah memperkenalkan dua produk wakaf utama sebagai medium untuk masyarakat turut serta dalam pembangunan ummah:
WAKAF ILMU
Wakaf ini bertujuan menyokong aktiviti akademik, penyelidikan, dan penerbitan ilmiah demi meningkatkan kefahaman Islam dalam kalangan masyarakat. Sumbangan ini digunakan untuk:
Dana Projek Penyelidikan & Program Akademik: Menaja kajian-kajian kontemporari berkaitan isu-isu umat Islam.
Penerbitan Bahan Ilmiah: Menyokong kos pencetakan buku, jurnal, dan pembelian bahan rujukan perpustakaan.
Kerja-kerja Terjemahan: Membiayai projek terjemahan kitab, buku ilmiah, termasuk projek seperti Wakaf Terjemahan Al-Quran.
Pembangunan Fasiliti: Menaik taraf infrastruktur bagi program ilmiah dan seminar.
WAKAF MEDIA
Wakaf ini difokuskan khusus untuk kelestarian dan menaik taraf operasi media di bawah IKIM agar mesej dakwah dapat disampaikan dengan lebih meluas dan berkualiti tinggi. Antara agendanya termasuk:
Aset & Kelengkapan: Menaik taraf kelengkapan audio, visual, dan teknologi digital untuk Radio IKIM (IKIMfm) dan tvIKIM.
Dana Masa Siaran (Airtime): Memastikan kelangsungan rancangan-rancangan dakwah serta pendidikan agar terus ke udara.
Penerbitan Konten: Membiayai kos pembikinan dokumentari, kandungan digital interaktif, dan filem-filem bercirikan Islamik.
PEGAWAI YANG BERTANGGUNGJAWAB
RAKAN STRATEGIK

