PENGUKUHAN KEWANGAN SOSIAL ISLAM TERAS KESEJAHTERAAN UMMAH

KUALA LUMPUR | 3 Mac 2026 – Program Bicara Bersama Mufti Wilayah Persekutuan, Sahibus Samahah Tuan Fauwaz Fadzil bertajuk “Membina Ummah Sejahtera Melalui Pengukuhan Kewangan Sosial Islam” telah berlangsung di Bangunan Annexe, Bursa Malaysia, Kuala Lumpur sempena Islamic Social Finance Day.
Dalam sesi tersebut, beliau menekankan kepentingan pengukuhan instrumen kewangan sosial Islam seperti zakat, wakaf dan sedekah sebagai asas membina kesejahteraan ummah serta memperkukuh daya tahan ekonomi masyarakat secara inklusif dan mampan. Turut hadir Ketua Pengarah IKIM, Prof. Madya Dato’ Dr. Mohamed Azam Mohamed Adil.
Program diteruskan dengan Sesi Wacana Wakaf Media bertajuk “Dakwah Era Digital” yang menampilkan Pengarah Bahagian Wakaf IKIM, Tn. Haji Abu Bakar Yang, dengan pengantaraan oleh Sufian Amrin, penyampai IKIMfm.
#IslamicSosialFinanceDay #IslamicFinance #MADANIMembantu #MalaysiaMADANI