KUNJUNGAN HORMAT DELEGASI WAKAF IKIM KE PUSAT IHSAN UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (UMT)

TERENGGANU | 17 Jun 2025- Kunjungan Hormat Delegasi Wakaf Ikim Ke Pusat Ihsan Universiti Malaysia Terengganu (Umt).
KUALA NERUS, 15 Jun 2025 – Delegasi Bahagian Wakaf Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) yang diketuai oleh Tuan Haji Abu Bakar bin Yang, Pengarah Bahagian Wakaf IKIM, telah mengadakan kunjungan hormat ke Pusat Ihsan, Universiti Malaysia Terengganu (UMT).
Kunjungan ini disambut oleh Encik Abdullah Syukri bin M Saleh, Timbalan Pendaftar Kanan (Bahagian Dasar dan Pentadbiran), yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa Pemegang Amanah Wakaf Ilmu UMT. Turut hadir menerima kunjungan ialah wakil daripada Pusat Ihsan UMT, Ustazah Rodiah binti Mustafa, Ketua Bahagian Pendanaan (Zakat dan Wakaf), Ustaz Ahmad Mustaffa bin Mohamad, Penolong Pendaftar Seksyen MUMTAZ serta Ustaz Muhammad Aiman Raziq bin Kahlib, Pembantu Tadbir Bahagian Pendanaan (Zakat dan Wakaf).
Pertemuan ini membuka ruang perbincangan mengenai pengalaman, cabaran, dan strategi pelaksanaan wakaf ilmu dalam konteks pengajian tinggi. Ia turut mencerminkan komitmen bersama IKIM dan UMT untuk memperkukuh sistem wakaf sebagai enjin pembangunan ummah melalui ilmu dan pendidikan.
#IKIM #IKIMfm #InspirasiUtamaAnda #TVIKIM #WakafIKIM #WakafILMUlKIM #WakafMedialKIM #PahalaWakafAbadiBerkatnyaTiadaHenti #KebersamaanUMT #TogethernessUMT #iLoveUMT