FESTIVAL HALAL UNISZA 2025

TERENGGANU | 18 Jun 2025 – Syukur Alhamdulillah, Festival Halal Unisza 2025 telah melabuhkan tirainya dengan penuh warna-warni dan makna. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) serta Pusat Islam UniSZA atas peluang dan ruang yang diberikan untuk turut serta memeriahkan festival ini.

Kerjasama, sokongan dan layanan mesra sepanjang program berlangsung amat kami hargai. Moga ukhuwah yang terjalin terus kukuh dan diberkati, serta segala usaha dakwah dan pemerkasaan halal terus berkembang dan memberi manfaat kepada ummah.

#IKIM #IKIMfm #InspirasiUtamaAnda #TVIKIM #WakafIKIM #WakafILMUlKIM #WakafMedialKIM #PahalaWakafAbadiBerkatnyaTiadaHenti #UniSZAPastiTahu