DELEGASI WAKAF IKIM LAWATI RERUAI PUSAT PENGURUSAN MAKMAL BERPUSAT UNISZA

TERENGGANU | 16 Jun 2025 – Delegasi Wakaf Ikim Lawati Reruai Pusat Pengurusan Makmal Berpusat Unisza.

GONG BADAK, 16 Jun 2025 – Delegasi Bahagian Wakaf Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) telah berpeluang melawat reruai Pusat Pengurusan Makmal Berpusat Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dalam sesi kunjungan hormat mereka ke Pejabat Wakaf & Endowmen UniSZA.

Lawatan ini memberikan kesempatan kepada delegasi untuk meninjau kemudahan makmal moden yang disediakan oleh UniSZA, yang memainkan peranan penting dalam menyokong inisiatif berteraskan wakaf pada masa akan datang. Pelbagai kemudahan dan teknologi terkini diperkenalkan, menunjukkan komitmen universiti dalam memperkasa bidang penyelidikan.

Kunjungan ini bukan sahaja memperkukuh hubungan strategik antara kedua-dua institusi, tetapi turut mencerminkan usaha berterusan dalam memperluas manfaat wakaf kepada masyarakat serta menyemarakkan pembangunan institusi wakaf di peringkat nasional dan antarabangsa.

#IKIM #IKIMfm #InspirasiUtamaAnda #TVIKIM #WakafIKIM #WakafILMUlKIM #WakafMedialKIM #PahalaWakafAbadiBerkatnyaTiadaHenti #WakafUniSZA #UniSZA #UniSZAPastiTahu #PKWUniSZA #PESONAfmWOW #PESONAfmUniSZA