DELEGASI WAKAF IKIM BERSIARAN LANGSUNG DALAM PODCAST KALANG WARISAN PESONAFM

TERENGGANU | 16 Jun 2025 – Delegasi Wakaf Ikim Bersiaran Langsung Dalam Podcast Kalang Warisan Pesonafm.

GONG BADAK, 16 Jun 2025 – Delegasi Bahagian Wakaf Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) telah diberi penghormatan untuk menyertai sesi siaran langsung podcast Kalang Warisan yang dikendalikan oleh PESONAfm, bertempat di Pusat Kesenian & Warisan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).

Ketibaan delegasi telah disambut oleh Pengarah Pusat Kesenian UniSZA, En. Shahzool Hazimin bin Azizam, sebelum mereka mengambil bahagian dalam sesi perkongsian ilmu yang memberi fokus kepada pemerkasaan wakaf dan relevansinya kepada generasi muda. Podcast ini dimoderatorkan oleh En. Hishamuddin bin Hassan @ Mat, Penolong Pegawai Kebudayaan, Pusat Kesenian UniSZA, serta dibantu oleh krew PESONAfm yang terdiri daripada pelajar UniSZA.

Melalui platform ini, delegasi Wakaf IKIM berpeluang menyampaikan pandangan serta maklumat mengenai peranan wakaf dalam pembangunan sosial dan ekonomi, sekali gus menarik minat lebih ramai pihak terutama golongan belia untuk memahami kepentingan amalan wakaf dalam kehidupan.

Sesi ini merupakan sebahagian daripada rangka program kunjungan hormat yang bertujuan memperkukuh kerjasama antara IKIM dan UniSZA serta menyemarakkan usaha memperluaskan manfaat wakaf kepada masyarakat.

#IKIM #IKIMfm #InspirasiUtamaAnda #TVIKIM #WakafIKIM #WakafILMUlKIM #WakafMedialKIM #PahalaWakafAbadiBerkatnyaTiadaHenti #WakafUniSZA #UniSZA #UniSZAPastiTahu #PKWUniSZA #PESONAfmWOW #PESONAfmUniSZA