KUNJUNGAN HORMAT BAHAGIAN WAKAF IKIM KE PEJABAT WAKAF & ENDOWMEN UNISZA

TERENGGANU | 16 Jun 2025 – Kunjungan Hormat Bahagian Wakaf Ikim Ke Pejabat Wakaf & Endowmen Unisza.
GONG BADAK, 16 Jun 2025 – Satu kunjungan hormat oleh delegasi Bahagian Wakaf Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) ke Pejabat Wakaf & Endowmen Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah berlangsung pada jam 10.00 pagi bertempat di UniSZA Kampus Gong Badak, Terengganu.
Delegasi IKIM diketuai oleh Pengarah Bahagian Wakaf, Tuan Haji Abu Bakar bin Yang, serta diiringi oleh pegawai-pegawai Wakaf IKIM. Turut menerima kunjungan ialah Pengarah Pejabat Wakaf & Endowmen UniSZA, YBrs. Dr. Ahmad Faizol bin Ismail bersama barisan pegawai daripada pihak UniSZA.
Kunjungan ini merupakan wadah strategik dalam memperkukuh jalinan kerjasama dan perkongsian ilmu antara kedua-dua institusi, khususnya dalam memperkasakan pengurusan wakaf secara lebih sistematik dan berimpak tinggi.
#IKIM #IKIMfm #InspirasiUtamaAnda #TVIKIM #WakafIKIM #WakafILMUlKIM #WakafMedialKIM #PahalaWakafAbadiBerkatnyaTiadaHenti #WakafUniSZA #UniSZA #UniSZAPastiTahu #PKWUniSZA #PESONAfmWOW #PESONAfmUniSZA