SESI PERBINCANGAN MoA PENUBUHAN WAKAF KURSI MEDIA IKIM-UniSZA

KUALA LUMPUR | 10 Julai 2026 Satu sesi perbincangan Memorandum Perjanjian (MoA) bagi penubuhan Kursi Wakaf Media IKIM-UniSZA telah diadakan pada 10 Julai 2026 bertempat di Pejabat IKIM, The Met Corporate Tower.
Perbincangan tersebut dipengerusikan oleh Tuan Haji Abu Bakar bin Yang, Pengarah Bahagian Wakaf IKIM, serta turut dihadiri oleh pegawai-pegawai daripada bahagian berkenaan.
Delegasi UniSZA diketuai oleh Prof. Dr. Engku Muhammad Tajuddin bin Engku Ali, Dekan Fakulti Pengajian Kontemporari Islam (FKI). Turut hadir bersama-sama beliau ialah Prof. Madya Dr. Muhammad Shahrul Ifwat bin Ishak, Pengarah Pejabat Wakaf & Endowmen UniSZA, serta pegawai-pegawai UniSZA.
Semoga usaha murni penubuhan Kursi Wakaf Media ini berjalan lancar dan memberikan impak yang besar serta meluas kepada landskap media Islamik, masyarakat secara amnya serta IKIM dan UniSZA.