IKIM PERKUKUH KERJASAMA STRATEGIK BERSAMA WAQAF AN-NUR CORPORATION (WAQAF AN-NUR)

JOHOR BAHRU | 4 Mei 2026 – Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) mengadakan kunjungan hormat serta sesi perbincangan bersama Waqaf An-Nur Corporation Berhad pada 4 Mei 2026 bertempat di Bilik Syura, Waqaf An-Nur Corporation Berhad.

Delegasi IKIM diketuai oleh Prof. Madya Dato’ Dr. Mohamed Azam Mohamed Adil, Ketua Pengarah IKIM, dan disambut oleh Tuan Haji Bukhari Abd Rahman, Ketua Eksekutif Waqaf An-Nur Corporation. Turut hadir ialah Tuan Haji Abu Bakar Yang, Pengarah Bahagian Wakaf IKIM.

Kunjungan hormat ini adalah bagi memperkukuh kerjasama strategik dalam pembangunan dan pengurusan wakaf, selaras dengan peranan Waqaf An-Nur Corporation sebagai peneraju dalam pelaksanaan inisiatif wakaf korporat.

#WaqafAnNur#WakafIKIM#KunjunganHormat#SebarkanSalam#MADANIBekerja