PENUBUHAN KURSI WAKAF MEDIA SEBAGAI INISIATIF STRATEGIK DALAM MEMPERKASA PERANAN WAKAF BERTERASKAN MEDIA ISLAMI

KUALA LUMPUR | 9 Januari 2026 – Bahagian Wakaf Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) menerima kunjungan hormat daripada delegasi Albukhari International University (AIU) yang diketuai oleh YBrs. Prof. Dr. Abdul Malek bin Abdul Karim, Dekan Pusat Pengajian Pendidikan dan Sains Kemanusiaan.

Kunjungan ini bertujuan membincangkan potensi Penubuhan Kursi Wakaf Media Sebagai Inisiatif Strategik Dalam Memperkasa Peranan Wakaf Berteraskan Media Islami, khususnya dalam bidang penyiaran dan komunikasi.

Delegasi turut dibawa melawat Konti Radio IKIMfm dan Perpustakaan Tun Ahmad Sarji.

#AIU #KunjunganHormat #InstitutKefahamanIslamMalaysia #WakafIKIM #MADANIbekerja #MadaniMembantu #MalaysiaMADANI