WAKAF IKIM BERHASRAT MEWUJUDKAN KERJASAMA DENGAN YAYASAN WAQAF MALAYSIA, PERKUKUH KOLABORASI DALAM BIDANG PROMOSI DAN PEMASARAN

PUTRAJAYA | 7 Januari 2025 – Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) melalui Bahagian Wakaf IKIM telah melakukan kunjungan hormat ke Pejabat Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) bertempat di Kompleks Islam Putrajaya.

Kunjungan hormat delegasi IKIM yang diketuai oleh Dr. Mohd Zaidi Ismail, Timbalan Ketua Pengarah IKIM telah disambut baik oleh Encik Abdul Halim Mat Yusop, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Waqaf Malaysia (YWM).

Kunjungan hormat tersebut adalah bertujuan untuk memperkukuhkan kerjasama dalam bidang

promosi dan pemasaran bagi Wakaf IKIM yang akan memberikan nilai tambah selain daripada turut memperkukuhkan kolaborasi kepakaran dalam bidang wakaf yang berpotensi tinggi antara kedua-dua pihak.

Turut serta Puan Hajah Nafiza Mohd Khair Hadi, Akauntan Utama/ Pengarah BKEP, Dr. Muhammad Hisyam Mohamad, Pengarah EMAS, En. Abu Bakar Yang, Pengarah Bahagian Wakaf IKIM, En. Mohd Erwan Johari, Pengurus Besar/ Pengurus Rancangan IKIMfm, En. Johari Omar, Pengurus Pembangunan Ekonomi & Kawalan Kredit dan warga kerja Bahagian Wakaf IKIM.

#WakafIKIM #WakafIlmuIKIM #WakafMediaIKIM #PahalaWakafAbadiBerkatnyaTiadaHenti