542752819_1210474231108976_127763326350492779_n

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL SAW 1447H/2025M

Selamat Menyambut Maulidur Rasul SAW 1447H/2025 buat seluruh umat Islam di Malaysia. Mentakzimkan dan memuliakan Rasulullah SAW adalah tuntutan Islam dalam setiap keadaan.

Sempena ulang tahun kelahiran Baginda SAW di bulan Rabiulawal yang penuh barakah ini, marilah kita memperbanyakkan selawat, meneladani sunnah, menghayati sirah serta menghidupkan majlis ilmu bagi menyemarakkan rasa cinta kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Bertemakan “Membangun Ummah Madani”, marilah kita bersama mengangkat risalah Rasulullah SAW sebagai panduan dalam kehidupan seharian, demi membina masyarakat yang berakhlak, berilmu dan berpadu teguh.

Daripada: Ahli Lembaga Pengarah, Barisan Pengurusan serta seluruh warga kerja IKIM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *