KUNJUNGAN HORMAT DAN SESI PERBINCANGAN PENUBUHAN KURSI WAKAF MEDIA UNISZA-IKIM

KUALA LUMPUR | 4 September 2025 – Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) pada 4 September 2025 bertempat di Bilik Persidangan, Blok D, IKIM. Delegasi UniSZA diketuai oleh YBrs. Prof. Ts. Dr. Shukor bin Abd. Razak, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), serta diiringi oleh YBrs. Prof. Dr. Engku Muhammad Tajjuddin bin Engku Ali, Dekan Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, dan Dr. Ahmad Faizol bin Ismail, Pengarah Pejabat Wakaf dan Endowmen.
Delegasi UniSZA telah disambut oleh YBhg. Prof. Madya Dato’ Dr. Mohamed Azam bin Mohamed Adil, Ketua Pengarah IKIM, bersama Tuan Haji Abu Bakar bin Yang, Pengarah Bahagian Wakaf IKIM. Turut hadir ialah Tuan Haji Mahathir bin Shaharuddin, Pemangku Pengurus Besar Kanan Pusat Media IKIM, dan Dr. Muhammad Hisyam bin Mohamad, Pengarah Pusat Kajian Ekonomi dan Kemasyarakatan (EMAS).
Sesi perbincangan ini bertujuan untuk membincangkan secara terperinci cadangan penubuhan Kursi Wakaf Media UniSZA-IKIM, serta meneroka peluang kerjasama strategik antara kedua-dua institusi dalam memperkasa penyiaran Islamik dan pembangunan wakaf dalam bidang media.
Delegasi UniSZA turut dibawa melawat ke studio Radio IKIMfm bagi meninjau secara langsung operasi penyiaran yang dijalankan. Lawatan ini bertujuan untuk memberikan gambaran praktikal tentang pengurusan dan pelaksanaan media Islamik yang akan dijadikan model dalam pembangunan Kursi Wakaf Media yang dicadangkan.
Institut Kefahaman Islam MalaysiaUniversiti Sultan Zainal Abidin – FB RasmiTVIKIMIKIMfm #IKIM #IKIMfm #InspirasiUtamaAnda #TVIKIM #WakafIKIM #WakafILMUlKIM #WakafMedialKIM #PahalaAbadiBerkatnyaTiadaHenti