BICARA WAKAF DI PBAKL 2025

KUALA LUMPUR | 25 Mei 2025 – Program Bicara Wakaf: Cari Buku, Jumpa Pahala anjuran Wakaf IKIM sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2025 telah berlangsung dengan jayanya di Pentas Utama PBAKL, menghimpunkan para pengunjung dalam satu sesi ilmu yang bermakna.
Sesi perbincangan yang dipimpin oleh Tn. Hj. Abu Bakar bin Yang, Pengarah Bahagian Wakaf IKIM, bersama En. Ahmad Syahiir bin Hanafiah sebagai moderator, berjaya membuka ruang diskusi tentang kepentingan wakaf dalam pembangunan masyarakat dan sektor ilmu.
Pengunjung PBAKL yang menghadiri program ini mendapat penjelasan mendalam mengenai manfaat wakaf serta bagaimana ia boleh menjadi pemangkin kepada pembangunan ekonomi dan sosial ummah.
Program ini bukan sahaja menggalakkan amalan wakaf, tetapi juga menjadi medan pertemuan idea dan inspirasi bagi individu yang berminat dalam bidang ini.
Semoga ilmu yang dikongsikan dalam sesi ini memberi manfaat dan terus menyemarakkan semangat wakaf dalam masyarakat!
#IKIM #WakafIKIM #BicaraWakaf #PestaBuku #PBAKL2025 #IKIMfm #TVIKIM #InspirasiUtamaAnda #WakafILMUlKIM #WakafMedialKIM #PahalaWakafAbadiBerkatnyaTiadaHenti #PWTC