Ada persoalan? Kami ada jawapan.
Soalan Lazim
Dapatkan jawapan bagi semua persoalan anda.
Bahasa (lughah):
Menahan, menghentikan atau menegah sesuatu
Istilah (syarak):
Menahan harta yang boleh diambil manfaatnya tanpa susut fizikalnya, dan menyerahkan manfaatnya untuk kebajikan umum kerana Allah SWT, secara kekal dan tidak boleh dijual, dihibah atau diwariskan.
- Berakal dan waras pemikiran
- Memiliki sepenuhnya harta yang ingin diwakafkan
- Berwakaf atas kehendak sendiri, tanpa paksaan pihak lain
Wakaf IKIM bertujuan untuk mewujudkan satu infrastruktur kewangan yang lestari yang dapat memberi manfaat untuk apa-apa tujuan dakwah dan menyebarluas fahaman Islam dan pendidikan kepada ummah.
IKIM telah mendapat pelantikan sebagai Mutawalli daripada pihak MAIWP. Segala urusan untuk mengumpul, mengurus dan mentadbir dana wakaf dikelola oleh Bahagian Wakaf IKIM.
- WAKAF ILMU
- WAKAF MEDIA
Dana Wakaf IKIM akan disalurkan melalui Wakaf Ilmu bagi menyokong penerbitan buku, program akademik, seminar ilmiah dan pengembangan kandungan keilmuan Islam, serta melalui Wakaf Media bagi menyokong operasi Radio IKIM, saluran digital Islamik TVIKIM, dokumentari dakwah dan filem-filem Islamik.
Imbas kod QR atau tekan pautan yang disediakan bagi melaksanakan wakaf bersama IKIM.
Tiada had minimum dan maksimum bagi sumbangan wakaf.
Ya, wakaf boleh diniatkan untuk pihak ketiga samada untuk yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia.
Ya, resit rasmi akan disediakan atas permintaan pewakaf sebagai bukti transaksi dan pengesahan wakaf.
