Wakaf : Potongan Gaji Melalui Angkasa

Bagi Kakitangan Kerajaan Persekutuan, Kakitangan Kerajaan Negeri, Badan Berkanun dan Syarikat Swasta :

  • Penyertaan Skim Wakaf Tunai Wakaf IKIM melalui potongan gaji boleh dibuat dengan kadar minimum sebanyak RM5 dan tiada had maksimum ditetapkan.
  • Pemohon hendaklah menggunakan Borang Kebenaran Potongan Gaji Tabung Dana Wakaf IKIM yang disediakan oleh IKIM.
  • Sekiranya pemohon ingin menambah dan mengurangkan sumbangan wakaf, pemohon perlu mengisi semula borang potongan gaji dan nyatakan jumlah di ruangan ditambah/ kurang.
  • Pemohon yang ingin membatalkan skim potongan gaji Wakaf Tunai hendaklah memaklumkan kepada pihak majikan dan IKIM.
  • Resit akan dikeluarkan pada setiap bulan setelah Wakaf IKIM menerima bayaran daripada pihak majikan.
  • Penyata Tahunan juga akan dikeluarkan kepada penyumbang.

*Sila muat turun, lengkapkan borang ini dan hantar semula melalui e-mel ke [email protected] atau pos ke alamat berikut:

Bahagian Wakaf
Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
No. 2, Langgak Tunku, Off Jalan Tuanku Abdul Halim
50480 Kuala Lumpur, Malaysia.