Sejarah Penubuhan Wakaf IKIM

Wakaf yang dilaksanakan di IKIM bertujuan untuk mewujudkan satu infrastruktur kewangan yang lestari yang dapat memberi manfaat untuk apa-apa tujuan dakwah dan menyebarluaskan kefahaman Islam kepada masyarakat.

Penubuhan dana wakaf IKIM ini secara umumnya bertujuan untuk menerima wang tunai, hartanah termasuk yang terletak di luar negara, aset-aset kewangan dan sebagainya yang patuh syariah samada dari dalam dan luar negara yang akan digunakan untuk kepentingan dakwah dan keilmuan Islam.

14 April 2021
Perakuan Mesyuarat Jawatankuasa Kewangan, Pelaburan & Akuan IKIM
30 Disember 2021
Kelulusan Mesyuarat Lembaga Pengarah IKIM (Cadangan Penubuhan Tabung Dana Wakaf IKIM)
2022
Penubuhan Jawatankuasa Khas Wakaf IKIM
27 Oktober 2022
Kelulusan Mesyuarat Lembaga Pengarah IKIM (Cadangan Projek Wakaf Media & Wakaf Ilmu)
16 November 2023
Kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan Kali Ke-143
6 Februari 2024
Kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Wakaf Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (JKW MAIWP)
16 Februari 2024
Surat Pelantikan sebagai Mutawalli
8 Oktober 2024
Penubuhan Wakaf IKIM