3473

Pensyariatan Wakaf

  1. Al-Quran

Walaupun istilah “wakaf” tidak disebut secara langsung, konsep dan semangat wakaf banyak terkandung dalam ayat-ayat yang menyeru kepada sedekah dan infak di jalan Allah:

“Kamu sekali-kali tidak akan mencapai kebaikan (yang sempurna) sehinggalah kamu membelanjakan sebahagian daripada apa yang kamu cintai. Dan apa jua yang kamu belanjakan, maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.”

(Surah Ali ‘Imran: 92)

  1. Hadis Nabi SAW

“Apabila mati anak Adam, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh yang mendoakannya.”
(Hadis Riwayat Muslim)

 

  1. IJMAK ULAMA’

 Imam al-Qurthubi (rahimahullah) berkata:

“Sesungguhnya permasalahan wakaf adalah ijmak (sudah disepakati) di antara para sahabat Nabi; yang demikian kerana Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali, Aisyah, Fatimah, Amr ibn al-As, Ibn Zubair, dan Jabir — seluruhnya mengamalkan syariat wakaf. Wakaf-wakaf mereka, baik di Makkah mahupun di Madinah, sudah dikenal masyhur oleh khalayak ramai.”
(Rujukan: Tafsir al-Qurthubi, 6/339; al-Mustadrak, 4/200)

Para ulama Islam sejak zaman awal lagi telah bersepakat (ijmak) bahawa wakaf adalah harus dan sangat digalakkan dalam syariat Islam. Ia termasuk dalam ibadah taqarrub kepada Allah SWT yang membawa manfaat berterusan kepada masyarakat.