WhatsApp Image 2025-07-01 at 08.51.39_c7ae9eda

Pengenalan Wakaf

Definisi Wakaf

Perkataan wakaf berasal daripada bahasa Arab: وَقَفَ  yang bermaksud menahan, membekukan, atau menghentikan. Dari segi istilah, wakaf ditakrifkan sebagai:

“Menahan sesuatu harta yang boleh diambil manfaatnya tanpa susut nilai zatnya (ain), dan disalurkan manfaatnya ke jalan kebajikan demi mendekatkan diri kepada Allah SWT.”