Logo Wakaf IKIM
Konsep :
Secara keseluruhan logo ini memperlihatkan peranan Bahagian Wakaf IKIM sebagai satu bahagian yang terlibat dalam usaha-usaha untuk kepentingan umum dengan ciri-ciri kebesaran Allah S.W.T dan keunggulan Islam.
Ciri-ciri :
i. Bentuk pokok di tengah melambangkan tahap produktiviti yang tinggi, sentiasa berkembang dan menghasilkan berbagai-bagai faedah.
ii. Pokok itu ditunjangi bentuk empat segi yang melambangkan Kiblat dan kesatuan umat Islam.
iii. Rimbunan pokok pula mewakili Rukun Islam yang lima.
iv. Di bahagian luar rimbunan terdiri sebuah bentuk kubah lambang masjid yang menjadi pusat pembangunan dan aktiviti umat Islam.
v. Pokok yang hidup subur dan berkembang terletak di atas perkataan WAKAF IKIM yang merupakan sebuah wadah.
vi. Tulisan jawi Kufi “Wakaf” mencerminkan keindahan kesenian dan warisan ilmu Islam.
Warna :
Emas – memperlihatkan bahan yang berharga dan tinggi nilainya