Definisi Wakaf
Perkataan wakaf berasal daripada bahasa Arab: وَقَفَ yang bermaksud menahan, membekukan, atau menghentikan. Dari segi istilah, wakaf ditakrifkan sebagai:
“Menahan sesuatu harta yang boleh diambil manfaatnya tanpa susut nilai zatnya (ain), dan disalurkan manfaatnya ke jalan kebajikan demi mendekatkan diri kepada Allah SWT.”
“Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.”
[Al-Baqarah, ayat 261]